21 research outputs found

    Too difficult to reach: a case study of the implementation of teaching-learning English in Indonesia's international standard schools

    Get PDF
    The fast changing world and global interconnectedness have led to many changes which have impacted on education. To name a few, schools in developed countries face many challenges conforming to standards-based reform, public accountability, school based management, and digital technologies (Hopkins and Jackson, 2003). Such situations have made governments in developing countries, including Indonesia, take initiatives by imposing policies on their school system to keep the educational sector in line with the global challenge

    Hubungan kepuasan kerja guru-guru dengan gaya kepimpinan guru besar di sekolah daerah Besut, Terengganu

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk melihat gaya kepimpinan guru besar yang diamalkan dan digemari oleh para guru yang boleh melahirkan kepuasan kerja guru-guru di Daerah Besut, Terengganu. Lima buah sekolah rendah telah dipilih untuk dijadikan lokasi kajian yang melibatkan 150 orang guru sebagai responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik manakala data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 12. Fokus kajian adalah kepada gaya kepimpinan guru besar yang membawa kepada kepuasan kerja guru-guru mereka. Hitungan min digunakan untuk menguji perbezaan pandangan di kalangan guru baru dan guru berpengalaman terhadap gaya kepimpinan guru besar. Manakala korelasi digunakan untuk menguji perkaitan antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja di kalangan guru. Dapatan kajian menunjukkan guru besar daerah Besut mengamalkan empat gaya kepimpinan iaitu demokratik, autokratik, instrumental dan berorientasikan kejayaan. Di antara gaya kepimpinan tersebut, gaya kepimpinan instrumental paling dominan diamalkan oleh pemimpin sekolah begitu juga guru-guru lebih puas bekerja dibawah kepimpinan yang mengamalkan gaya kepimpinan instrumental. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapatnya hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru. Akhirnya setelah memperolehi keputusan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan supaya kajian ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh semua pihak

    Amalan pengurusan kurikulum serta keselamatan dan kesihatan di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru.

    Get PDF
    Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat amalan pengurusan kurikulum, pengurusan keselamatan dan pengurusan kesihatan di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH). Sampel kajian terdiri daripada 68 orang guru SRIH. Soal selidik digunakan sebagai intrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk melihat amalan pengurusan kurikulum, amalan pengurusan keselamatan dan amalan pengurusan kesihatan di SRIH. Nilai keboleh percayaan instrumen kajian ini adalah ?= 0.916. Data maklumat yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial ( SPSS )Versi 14.0 serta analisis deskriptif berbentuk peratus dan min. Hasil kajian mendapati min keseluruhan bagi pengurusan kurikulum dan pengurusan keselamatan adalah tinggi. Oleh itu jelas membuktikan bahawa semua aspek pengurusan ini diamalkan oleh pihak sekolah. Walaubagaimanapun bagi elemen pengurusan kesihatan berada pada tahap sederhana. Penyelidik mencadangkan kepada pihak sekolah untuk mempertingkatkan keberkesanan amalan pengurusan kurikulum serta keselamatan dan kesihatan di kalangan pihak sekolah dengan menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. Cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan penambahbaikan

    Persepsi Pelajar Tahun 4 Ptk (Kejuruteraan Awam/ Mekanikal/ Elektrik/ Kemahiran Hidup) Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Dari Aspek Jeri Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap program pembangunansahsiah pelajar daripada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan intelek (JERI). Kajian ini melibatkan 136orang pelajar tahun empat PTK sesi pengajian 2008/ 2009 yang mengikuti program Ijazah Sarjana MudaTeknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Jentera/ Elektrik/ Kemahiran Hidup) di FakultiPendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang dijalankan adalah menggunakankaedah soal selidik yang mengandungi 38 item soalan. Data yang diperolehi di analisis secara deskriptif.Aspek yang dikaji melibatkan empat perkara utama iaitu untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadapprogram pembangunan sahsiah pelajar daripada empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.Analisis mengikut item dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the SocialSciene) Versi 12.0. Hasil analisis mengikut item diterjermahkan dalam bentuk kekerapan dan peratus.Hasil daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan persepsi pelajar terhadap programpembangunan yang paling menjadi keutamaan bagi pelajar adalah daripada aspek Intelek, diikuti daripadaaspek Jasmani, manakala aspek Emosi menjadi pilihan seterusnya dan akhir sekali pelajar telah memilihaspek Rohani. Kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan bagi penyelidikan pembangunan pelajarselanjutnya

    Tahap Amalan Elemen Pengurusan Peperiksaan Dan Elemen Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru

    Get PDF
    Sekolah Rendah Islam Hidayah adalah sebuah sekolah swasta di bawah rangkaian SekolahIslam Hidayah yang menawarkan pendidikan bersepadu KBSR dengan menggabungkan matapelajaranakademik dan juga deeniah bagi pelajar-pelajarnya. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dilakukanadalah untuk mengenalpasti tahap amalan oleh pihak sekolah terhadap elemen pengurusan peperiksaandan elemen pengurusan kokurikulum. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai68 orang dan hasil kajian ini diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for SocialScience Version 15.0 for Windows ( SPSS ). Hasil analisis menunjukkan tahap amalan elemen pengurusanpeperiksaan dan elemen kokurikulum di Sekolah Rendah Islam Hidayah berada pada tahap tinggi.Penyelidik juga menyarankan cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan penambahbaikan

    Tahap Amalan Pengurusan Peperiksaan Dan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.

    Get PDF
    Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif untuk mengenalpasti tahapamalan pengurusan peperiksaan dan pengurusan kokurikulum di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Seramai 49 orang guru dari Sekolah Menengah Islam Hidayah telahdipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soalselidik kepada responden yang mempunyai 59 item. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) 13.0 for Windows. Tahap kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) yang diperolehi melalui kajian rintis ialah0.832. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan pengurusan peperiksaan dan kokurikulum di SMIH berada pada tahap tinggi. Cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan penambahbaikan

    Pelaksanaan Program First Year Experience (FYE) Di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi Serta Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap aktiviti First YearExperience (FYE); mengenalpasti jenis atau bentuk aktiviti First Year Experience yang telahdijalankan di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta FakultiSains Komputer dan Sistem Maklumat dan mengenalpasti perancangan Jawatankuasa First YearExperience dan pihak Pengajian Pra-Siswazah dalam pengurusan program First Year Experiencesupaya lebih sistematik dan efisien. Kajian ini melibatkan 254 orang pelajar tahun pertama diFakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi dan Fakulti Sains Komputerdan Sistem Maklumat di Universiti Teknologi Malaysia dengan menggunakan instrumen kajiansoal selidik yang terdiri daripada 20 soalan. Selain itu, tiga pihak yang terlibat dalam instrumenkajian temu bual yang terdiri daripada 10 soalan. Data yang diperolehi dianalisis secaradeskriptif. Aspek yang dikaji adalah tahap persepsi pelajar terhadap program First YearExperience yang dijalankan. Analisis mengikut item dilakukan dengan menggunakan StatisticalPackage Social Science (SPSS) versi 11.5. Hasil kajian mendapati tahap persepsi pelajar beradapada tahap sederhana iaitu dengan nilai min keseluruhan ialah 3.27. Manakala bagi maklumbalas temu bual pula mendapati ketiga-tiga orang responden bersetuju aktiviti yang dilakukanadalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan danbengkel. Mereka juga bersetuju perancangan Jawatankuasa FYE dan pihak PPS dalampengurusan program FYE supaya lebih sistematik dan efisien adalah melalui enam pendekataniaitu Living Learning Communities, Peer Mentoring, Enhanced First Year Classroom,Supplemental Instruction & Tutoring, Orientation and Focused First Year Experience Advising

    Pembinaan Modul Program Pembangunan Akademik Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

    Get PDF
    Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan Akademik PelajarTahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk panduan Jawatankuasa First YearExperience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkankepada cadangan daripada dua kajian yang telah dijalankan bertajuk “Tinjauan Mengenai KategoriMasalah Dengan Demografi Di kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti TeknologiMalaysia Berasaskan Mooney Problem Check List (MPCL)” oleh Noriasah Binti Othman Teng (2006)dan kajian bertajuk “Pilihan dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu FakultiPendidikan Universiti Teknologi Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007).Modul ini dibina mengikut Model Barr and Cuyjet (1991) yang memberi penekanan kepada enamlangkah pendekatan perancangan program untuk dimuatkan ke dalam kerangka program yang dibinaberdasarkan piawaian Standard Guru Malaysia (SGM) yang masih dalam peringkat cadangan BahagianPendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharap modul ini akan dapat membantu pihakJawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan lain-lain agensi pelaksanamenjalankan program dengan lebih lancar supaya pelajar akan mendapat pelbagai maklumat tentangsuasana pembelajaran di universiti serta dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pencapaiandalam bidang akademik melalui proram yang dihadiri

    Tinjauan Kategori Masalah Dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.

    Get PDF
    Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji kategori masalah yang dihadapioleh pelajar antarabangsa dan mengenal pasti masalah utama dari segi demografi (jantina,umur,agama dan status). Sampel kajian ini terdiri 135 orang pelajar antarabangsa peringkat sarjanamuda di Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan ialah “MooneyProblem Check List” (MPCL). Cara kajian yang dilakukan ialah melalui soal selidik. Data- datayang diperolehi kemudiannya di analisis menggunakan perisian Statistical Packages For SocialSciences ( SPSS ) for Windows versi 12.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, min danperatusan. Dapatan kajian menunjukkan kategori masalah yang paling mengganggu para pelajarantarabangsa ialah pelajaran dan kerjaya masa depan (52.15%), diikuti oleh masalah kewangan,keadaan hidup dan pekerjaan (43.11%) serta masalah kegiatan social dan hiburan (42.70%).Pelajar antarabangsa juga menghadapi masalah terhadap perkhidmatan internet, makanan, bahasadan hubungan sosial dengan pelajar tempatan. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukan bagimengatasi masalah ini

    Penglibatan Pelajar Tahun Satu Dalam Aktiviti Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar tahun satu terhadap kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman. Begitu juga dengan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman. Objektif seterusnya ialah untuk mengenalpasti tahap penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif iaitu dengan menggunakan soal selidik bagi mengumpul data. Responden kajian terdiri daripada 333 orang pelajar tahun satu dari enam buah kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi Malaysia. Data maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Stastistical Packages For The Social Sciences” versi 14.0 dan penghuraian berdasarkan frekuensi, peratus dan min. Hasil kajian yang didapati oleh pengkaji menunjukkan persepsi pelajar terhadap kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman adalah tinggi. Pengkaji juga mendapati faktor-faktor rakan sebaya, minat, ibu bapa dan kemudahan yang disediakan mempengaruhi penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan tahap penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman berada pada tahap sederhana. Disamping itu beberapa cadangan dikemukakan sebagai langkah membantu dalam meningkatkan penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman
    corecore